Tuesday, October 20, 2009

Khabar Dari syuga

aku ...
ada apa dengan aku ?!!!
aku...
duduk di situ...
menunggu waktu berlalu...
sehingga hanyut di bawa arus ...
entah ke mana tuju...

mereka ...
bisa lagi tertawa...
bergurau senda...
tanpa mengira...
yang sedang terjadi
dan yang bakal terjadi...

ya...
benar ...
aku jugalah yang berada di kalangan mereka...

hingga satu detik itu ...
terasa semilir menghembus ke wajah ku ...
lalu membawa aku ke satu arah tuju...
entah di mana dan ke mana ketika itu...
yang pasti aku rasai hembusan lembut...
selembut sutera ...
mengharum tanpa adanya punca...
menenangkan jiwa...

aku terdengar bisikan lembut ...

"wahai anak ku ...
dengar lah ini khabaran dari syurga...
seluruh isinya menunggu hambaNYA..
yang benar-benar mengabdikan diri kepadaNYA...
bergantung harap kepadaNYA..."

"duhai anak ku...
apa engkau tidak tahu ?
ini adalah janji Tuhan mu...
yang mencipta diri mu...
yang memberi akal kepada mu...
yang memberi hati untuk mu..."

"anak ku...
curah kan seluruh tenaga mu ...
untuk segala yang di langit dan di bumi...
sehingga ke nafas yang terakhir..."

"anak ku ...
teruslah susuri lorong-lorong itu...
biar ia penuh onak dan duri...
biarpun ia bercerun-cerun ...
apalagi berjurang-jurang...
teruskan langkah kaki mu ...
meski pun tanah itu menjerit kepadamu ...

"hai ...anak adam ...
sungguh sombong engkau berjalan di atas aku...
suatu hari nanti ...
akan kau tahu bagaimana kesudahan penghidupan mu ...
apa engkau tidak malu ...
berjalan dengan berwajah riang?
apa engkau tidak sedar
di dalam perut inilah akan bersemadi jasadmu ?"

"hai anak adam...
sungguh sungguh engkau tertawa...
jika aku muntah kan segala isi perut ku ini...
nescaya gelak tawa mu akan mati...
mati berganti takbir Allah...
mati berganti tangis ...
mati berganti rintih ... "

"anak ku...
berjalanlah di atas muka bumi ini dengan tunduk ...
usah dengar segala rayuan...
usah dengar segala khabaran...
teguhkan hati mu ...
seteguh kasih suci Pencipta mu ..
yang selalu utuskan..
setiap khabaran dari syurga ...
di saat engkau hampir putus asa..."

"anak ku...
seluruh isi ini mulai rindu kepadamu ...
berusahalah sekuat hati mu ...
usah bimbang diri mu bukan seorang ...
Dia sentiasa selalu bersedia untuk mu ..
menjaga diri mu...
di kala engkau berada di puncak ...
seluruh alam akan tunduk kepada mu ...
kerana ketika itu baru lah mereka tahu ...
bahawa engkau adalah kekasih NYA ..."

sesiku berkata: hati tidak tenteram .. hati tidak senang .. hati selalu merintih ... namun, apa yang telah engkau hadiahkan kepada sekeping hati milik kamu itu ?!!!

Sunday, October 18, 2009

Ini Bukan Isu Politik

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan Ku. Bila orang ramai (rakyat) mentaati Ku. Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka.

Bila orang ramai (rakyat) mengingkari Ku. Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingati Ku dan merayu kepada Ku supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka."

sesiku berkata: teringat satu hadis yang pernah dibaca satu tika dulu dalam zaman neolitik ... di mana ... hadis itu mengingatkan .. hati kita hanya terletak di antara dua celah jari jemari Allah. jadi bila-bila masa Allah bisa mengubah atau membalikkan hati kita dari kebaikan ke arah keburukan, dari keburukan ke arah kebaikan ... lu pikirlah sendiri !!!

Apabila Dia Berbicara ?!!!

Dia ...
Dia cuma Satu...
Dia tidak beranak dan tidak juga diperanakkan...
Dia jua Yang Maha Berkuasa ...

Berkuasa ?!!!
Dialah yang Maha Pencipta
Dialah yang Awal dan Akhir
Dia Maha hebat Perancangannya ...

Perancangan ?!!!
Dia yang mencipta setiap yang ada di langit
Dia yang mencipta setiap apa yang ada di atas muka bumi ini...
setiap yang dicipta sudah diatur dengan teliti dan dirancang satu-persatu...
segalanya bermula dari awal dan akhir ...
setiap garisan itu adalah atas segala izin Dia...

aku...
hanya sekadar pemuja yang setia ...
tanpa mengharap apa jua ...
kerana aku sedar ...
aku tidak layak untuk semuanya...
namun ...
siapalah aku untuk menolak takdir ....
sekiranya akhir hidup aku ...
aku bakal tergelungsur ke lembah jurang yang paling dalam ...

terdengar satu bisikan menyapa aku ...
Dia berbicara tanpa muncul di hadapan ku...
namun aku yakin benar kehadiran dia ...
" duhai keturunan Adam dan Hawa ...
apalah yang engkau sedihkan ...
apalah yang engkau gusarkan tentang Aku...
Aku selalu berada di sisi untuk menjaga engkau...
memerhatikan setiap gerak langkah
tapi Aku sedih ...
Aku kecewa...
Aku marah...
kenapa engkau mengabaikan seluruh perhatian Aku buat engkau ?!!!
sungguh pun begitu ...
Aku masih mengharap agar engkau kembali ...
kembali ke sisi Aku seperti yang lalu ...
Aku rindu akan suara rintihan mu ..
merintih siang malam ...
bergantung harap kepada Ku ...
Aku rindu akan segala keyakinan engkau ...
sehinggalah Aku benarkan setiap satu persatu itu
sentiasa mengekori langkahmu dan akhirnya menjebakkan engkau ke jurang yang paling dalam ...
namun ...
itu bukan bererti Aku mahu engkau berputus harap ...
hanya Aku yang berkuasa untuk mengeluarkan engkau dari jurang itu ...
peduli dengan siapa-siapa di sekeliling ...
kerana Akulah yang akan meredhai engkau...

pulanglah kepada Aku...
Aku sentiasa menunngu kehadiran engkau ...
jangan engkau kotori diri dengan menyaluti lumpur
atau mengakhiri hayat engkau dengan keadaan yang menyedihkan Aku...
Aku berjanji...
akan Aku tunggu engkau dengan tangan yang terbuka ...
hati yang sarat rindu ...
melalui pintu-pintu
yang Aku buka khas untuk kekasih-kekasih Aku...
mereka yang pernah kecundang ...
namun ...
bangkit setelah kejatuhan nya ..
walau dengan hanya merangkak ..."

"kembalilah ...
Aku selalu menunggu engkau ..."

"yakinlah ..
tiadalah yang lebih indah
tiada yang lebih bersinar cahayanya ...
melainkan engkau ...
benar-benar telah kembali ke sisi Aku ..."

sesiku berkata: tiada siapa yang pernah mendengar bicara ini selama ia tidak pernah yakin dengan janji Allah ... setiap manusia salahkan garis takdir hidupnya ... namun, tiada siapa yang mahu merubah apa yang telah tertakdir untuknya ... bukankah Allah pernah menyatakan bahawa Dia tidak kan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya...

Friday, October 16, 2009

Hapuslah Airmata Itu

hidup tanpa masalah bukanlah kehidupan namanya. Setiap permasalahan ada jalan keluar. setiap kekusutan aan terlerai juga akhirnya.

airmata itu mencerminkan segala apa yang bergolak di jiwa anda. tidak kira anda seorang lelaki maupun seorang wanita.

maka, hapuslah airmata itu dengan wuduk.

wuduk ?!!!

bila diri dalam keadaan bersih dan suci, kita lebih bisa menghayatiayat-ayat Allah dengan lebih tenang dan terbuka. bila hati sudah tenang, ibadah pun akan khusyuk ... insyaAllah...

sesiku berkata: Namun ada yang kata, ia tak berapa mujarablah ...
Scha ada satu soalan ... tanya pada hatimu sejauhmana atau sebesar mana
pengakuan keyakinan dan keimananmu terhadap Allah ?!!!

Kosong

kembali sepi
kembali kosong
seluruh dunia bagai merai
kekosongan bersinggah kembali

sang bunga menatap sinis
sang kumbang menari keriangan
langit cerah seolah-olah membiarkan pemandangan itu
rerama berterbangan keseronokan
burung-burung berkicau ibarat penyampai utusan
airmata mencurah curah tanpa sekatan
namun...masih juga tiada siapa yang peduli

sampai satu saat
hadir dua tangan mohon untuk disambut bagi mengizinkan Dia menemani saat-saat itu
ia hadir di dalam jiwa tanpa disedari sebelum ini
lantas menanyakan
"mengapa selama ini tangan-tangan Aku ini anda abaikan ?"
lalu dijawab olehnya
"kerana aku lupa kepada Mu?"
Dia bertanya kembali
mengapa baru sekarang kau ketuk pintu hati Ku ?
lalu dijawab ...
kerana aku baru sedar engkau sentiasa bersedia untuk aku


"Tahukah engkau bahawa Aku terlalu cinta pada mu ...
sehingga Aku selalu memperhatikanmu ?
Aku selalu melindungimu tanpa kau sedar ?
Aku ingin mendidik jiwamu untuk lebih kuat ?
dan tika jiwa mu sudah kuat
kau akan dapati alam ini akan tunduk kepadamu
kerana Engkau adalah pilihan Ku ... "

Aku Bukan Malaikat

tercetus hasil daripada idea berdasarkan kekurangan diri dan ketidaksempurnaan diri yang sering disalah erti oleh sesetengah hamba Allah yang merdeka di atas muka bumi ini.

diakui seringkali hidup kita sentiasa disalaherti ....
tapi itu bukan permasalahannya . siapalah kita untuk menidak apa yang orang lain rasa terhadap kita ?!!!
yang penting anda terima atau tidak itulah dia seadanya !!!
yang penting bagaimana anda menerima anda ?!!!
yang penting bagaimana anda menghargainya ?!!!
jangan pernah berharap dia tidak akan melukakan hati anda ... dia cuma manusia biasa ... dia juga bukan malaikat ...

siapalah kita untuk merasa terluka dan terkilan terhadap seseorang yang amat menghargai dan pernah menerima kita seadanya ketika masa lalu kita ?!!!

sesiku berkata: bila anda rasa terluka terkilan .... check balik dalam diri anda apa yang sudah anda lakukan terhadap ia sebelum ini ... nescaya anda pasti akan mendapat jawapan yang tidak anda sangkakan !!!

Thursday, October 15, 2009

Massari - Real Love

http://khairilhusni.blogmas.com/2008/05/14/massari-real-love/#more-674

klik atas untuk dapat lirik lagu nya ...

Syukur alhamdulillah

assalamu'alaikumwbt dan selamat sejahtera semua
hari ini bertarikhkan 15hb oktober 2009 pada hari khamis jam 8:12 malam akhirnya tercetus evolusi blog dalam diri scha ...

tapi ada kah di antara anda yang mengenali scha ?!!!

tidak perlu anda kenal siapa scha ... cukup anda sedar bahawa scha peduli dengan anda semua ...

salam perkenalan di ruangan maya ...