Sunday, December 6, 2009

Bilakah Nyawa Akan Bercerai Dari Badan ?

Suatu hari, Owais al-Qarni diberitahu bahawa ada seorang darwis (fakir) yang memakai tudung sedang duduk di kubur sambil menangis sepanjang masa.


Owais menjawab : " katakan kepada darwis itu bahawa tudungnya menjadi dinding atau tabir di anta dia dengan Allah dan kubur itu. tudung itu juga menjadi penghalang dalam perjalanan kerohaniannya!"


apabila si darwis itu mendengar kata-kata Owais. dia terus bertafakur, menjerit lalu meninggal dunia.


pernah seorang lelaki telah memberi Owais al-Qarni beberapa keping dirham tetapi beliau enggan meneimanya. Owais bekata: "aku hanya ada dua dirham sahaja. itu pun sudah cukup!"

lelaki itu bertanya: "berapa lama wang sebanyak itu cukup?"

owais menjawab: "adakah engkau tahu, hidupku ini tidak tentu, bila nyawa bercerai dengan badan? perlukah aku menerima hadiahmu itu?"

orang itu pun terus terdiam.
seorang lelaki telah bertanya Owais al-Qarni: "siapa kamu?"
Owais menjawab: "apakah anggapan kamu jika seseorang yang tidak mahu ambil tahu, apakah ia akan hidup sehingga petang tatkala ia bangun tidur di pagi hari?"



Owais al-Qarni biasanya mengelakkan dirinya bertemu dengan manusia kerana sentiasa memandang hari kiamat itu sangat hampir. owais juga tidak sanggup membuang masa bergurau tetapi merasa lebih baik menghabiskan masa dengan bersolat.

Nota: pertama kali aku baca entri ni nampak macam ada kekurangannya... tapi bila aku hayati ayatnya satu persatu .. dan aku faham ... baru aku jatuh cinta ...