Sunday, October 18, 2009

Apabila Dia Berbicara ?!!!

Dia ...
Dia cuma Satu...
Dia tidak beranak dan tidak juga diperanakkan...
Dia jua Yang Maha Berkuasa ...

Berkuasa ?!!!
Dialah yang Maha Pencipta
Dialah yang Awal dan Akhir
Dia Maha hebat Perancangannya ...

Perancangan ?!!!
Dia yang mencipta setiap yang ada di langit
Dia yang mencipta setiap apa yang ada di atas muka bumi ini...
setiap yang dicipta sudah diatur dengan teliti dan dirancang satu-persatu...
segalanya bermula dari awal dan akhir ...
setiap garisan itu adalah atas segala izin Dia...

aku...
hanya sekadar pemuja yang setia ...
tanpa mengharap apa jua ...
kerana aku sedar ...
aku tidak layak untuk semuanya...
namun ...
siapalah aku untuk menolak takdir ....
sekiranya akhir hidup aku ...
aku bakal tergelungsur ke lembah jurang yang paling dalam ...

terdengar satu bisikan menyapa aku ...
Dia berbicara tanpa muncul di hadapan ku...
namun aku yakin benar kehadiran dia ...
" duhai keturunan Adam dan Hawa ...
apalah yang engkau sedihkan ...
apalah yang engkau gusarkan tentang Aku...
Aku selalu berada di sisi untuk menjaga engkau...
memerhatikan setiap gerak langkah
tapi Aku sedih ...
Aku kecewa...
Aku marah...
kenapa engkau mengabaikan seluruh perhatian Aku buat engkau ?!!!
sungguh pun begitu ...
Aku masih mengharap agar engkau kembali ...
kembali ke sisi Aku seperti yang lalu ...
Aku rindu akan suara rintihan mu ..
merintih siang malam ...
bergantung harap kepada Ku ...
Aku rindu akan segala keyakinan engkau ...
sehinggalah Aku benarkan setiap satu persatu itu
sentiasa mengekori langkahmu dan akhirnya menjebakkan engkau ke jurang yang paling dalam ...
namun ...
itu bukan bererti Aku mahu engkau berputus harap ...
hanya Aku yang berkuasa untuk mengeluarkan engkau dari jurang itu ...
peduli dengan siapa-siapa di sekeliling ...
kerana Akulah yang akan meredhai engkau...

pulanglah kepada Aku...
Aku sentiasa menunngu kehadiran engkau ...
jangan engkau kotori diri dengan menyaluti lumpur
atau mengakhiri hayat engkau dengan keadaan yang menyedihkan Aku...
Aku berjanji...
akan Aku tunggu engkau dengan tangan yang terbuka ...
hati yang sarat rindu ...
melalui pintu-pintu
yang Aku buka khas untuk kekasih-kekasih Aku...
mereka yang pernah kecundang ...
namun ...
bangkit setelah kejatuhan nya ..
walau dengan hanya merangkak ..."

"kembalilah ...
Aku selalu menunggu engkau ..."

"yakinlah ..
tiadalah yang lebih indah
tiada yang lebih bersinar cahayanya ...
melainkan engkau ...
benar-benar telah kembali ke sisi Aku ..."

sesiku berkata: tiada siapa yang pernah mendengar bicara ini selama ia tidak pernah yakin dengan janji Allah ... setiap manusia salahkan garis takdir hidupnya ... namun, tiada siapa yang mahu merubah apa yang telah tertakdir untuknya ... bukankah Allah pernah menyatakan bahawa Dia tidak kan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya...

No comments: