Wednesday, January 13, 2010

Apa Ada Dengan Azam ?!!!!

khairul Azzam ke? hihiii itu azzam dalam novel ngan filem tu ...


azam tahun lepas pun tak lepas-lepas lagi ... tak kan lah nak tukar azam barukan?

apa-apa pun sebahagian daripada impian scha alhamdulillah .. telah pun kesampaian...

betul lah apa yang scha baca selama ini ... setiap ucapan itu satu doa....

jadi ucapkanlah perkara yang baik-baik sahaja. yang penting ... jangan pernah buruk sangka pada setiap perkara yang berlaku ke atas kita... percayalah ... Allah akan datang ke sisi anda untuk hiburkan anda dengan cara Allah itu sendiri.


itu cerita pasal azam ...

sekarang scha nak cerita pasal anna althofunnisa pulak ... betul ke ejaan nama dia tu .. hahhhaa....

tak adalah ... scha gurau ...

ops... sengaja!!!


malam ni scha nak sharing is caring ... ngan anda semua pasal satu kisah yang scha baca ni ...

kejap ye...korang bagi lah scha peluang nak baca balik .. 7 juta tahun je scha minta masa...


"jauh kata mereka, tak jauh, aku katakan,

ia bersamaku dalam waktu yang sama;

mentari yang menaungiku, juga menaunginya,

mala yang menyelimutiku, juga menyelimutinya;

aku dan dia terpisah jarak sehari perjalanan,

tak layak disebut saling berjauhan;

ilmu Allah satukan kami berdua,

jauh bagi mereka, bagiku dekat adanya."


nukilan: Ibnu Hazm El Andalusy


scha part-part bahasa sastera memang ada gurunya ... tapi untuk yang kali ini ... sekali baca scha bukan terus jatuh cinta je... tapi sekaligus kata novel ini memang best sebenarnya. maka .. benarlah apa yang tertera disebalik puisi di atas itu...


setiap yang berlaku selagi di alam kita ni.. itu semua adalah atas ilmu Allah yang Maha Luasnya. tak siapa-siapa pun yang boleh pertikaikan tentang kenyataan itu.


Nota: jadi bagi yang bercinta ... terutamanya yang ambil percintaan jarak jauh. cuba cari apa yang satukan anda dengan cinta anda !!! selamat bercinta !!!

Sunday, December 6, 2009

Bilakah Nyawa Akan Bercerai Dari Badan ?

Suatu hari, Owais al-Qarni diberitahu bahawa ada seorang darwis (fakir) yang memakai tudung sedang duduk di kubur sambil menangis sepanjang masa.


Owais menjawab : " katakan kepada darwis itu bahawa tudungnya menjadi dinding atau tabir di anta dia dengan Allah dan kubur itu. tudung itu juga menjadi penghalang dalam perjalanan kerohaniannya!"


apabila si darwis itu mendengar kata-kata Owais. dia terus bertafakur, menjerit lalu meninggal dunia.


pernah seorang lelaki telah memberi Owais al-Qarni beberapa keping dirham tetapi beliau enggan meneimanya. Owais bekata: "aku hanya ada dua dirham sahaja. itu pun sudah cukup!"

lelaki itu bertanya: "berapa lama wang sebanyak itu cukup?"

owais menjawab: "adakah engkau tahu, hidupku ini tidak tentu, bila nyawa bercerai dengan badan? perlukah aku menerima hadiahmu itu?"

orang itu pun terus terdiam.
seorang lelaki telah bertanya Owais al-Qarni: "siapa kamu?"
Owais menjawab: "apakah anggapan kamu jika seseorang yang tidak mahu ambil tahu, apakah ia akan hidup sehingga petang tatkala ia bangun tidur di pagi hari?"



Owais al-Qarni biasanya mengelakkan dirinya bertemu dengan manusia kerana sentiasa memandang hari kiamat itu sangat hampir. owais juga tidak sanggup membuang masa bergurau tetapi merasa lebih baik menghabiskan masa dengan bersolat.

Nota: pertama kali aku baca entri ni nampak macam ada kekurangannya... tapi bila aku hayati ayatnya satu persatu .. dan aku faham ... baru aku jatuh cinta ...

Sunday, November 22, 2009

Al-Kisah Antara 2 **t*n

di suatu tempat atas kehendak Allah. terserempaklah dua jin ni ... (maaf nggak tau penjodoh bilangan untuk jin apa ya?!!! ) adeihhh .. tukar channel pulak dah hohohooo....

satu set** ni ...
dia kelihatan sungguh naif dan dhaif. mana tak nya ... kelihatan dirinya tidak terurus. semua dalam keadaan yang agak serabai. (hehee terkeluar pulak perkataan serabai ni .. entah apa aku nak habaq ni).
sau lagi set** kelihatan cantik manis. comel. berseri-seri. siap wangi lagi ..guna minyak wangi body shop lagi tu... (sambil imejin ni)...

si set** yang cantik a.k.a jay C ni pun menegurlah temannya itu ...
jay c: hi awak kenapa ni .. ada apa yang tak kene ke? kenapa hidup awak macam ni. kesian aku tengok.
jay ti c: saya macam ni? hidup saya susah sangat. saya ditugaskan untuk merosakkan kaum muslimin dan muslimah.. tapi kau tau ?...
jay c: tak tau .. ko tak cakap lagi macam mana aku nak tau.
jay ti c: bila aku nak ikut dia masuk rumah dia baca bismallah ... aku nak join makan sekali dia baca lagi basmallah, bila aku nak ikut pakai baju .. pun dia baca bismallah .. sampai na tengok cermin pun baca bismallah jugak. macam mana aku nak tu yang aku ni hensem ke tidak? pendek kata memang tak menyempat semuanya ...
jay c: kesian nasib engko ye . untunglah aku ni .. berdampingan dengan orang yang ta ingat atau tak percaya Allah. dapat pakai cantik-cantik. dapat tempat tinggal yang selesa dan makan minum yang sedap.
jay ti c: yelah tu .. kalau terus-terus macam ni ... tak adalah sapa-sapa yang nak kat aku .. uwarghhhhhh !!!!! ( dia menangis sambil golek-golek atas lantai)
jay c: lho... janganlah nangis ye... awak sabar je ye. lama-lama nanti dia pasti akanjadi kawan baik awak. janganlah putus asa untuk goda dia tu .... tak apa. masa masih panjang lagi ni ...
jay ti c: betul jugak apa awak cakap ek .. wokeyh ... thank you atas sokongan dan doringan mu kawan! cayalah bro !!!!

kehkehkehh ... memang sempoi giler dua set** nie .... macam tu le hidup kita ni . mereka ni umpama parasit yang hidup menumpang pada kita. Awas!!!! karang hancur hidup mu jika mereka² itu dibiarkan berleluasa di sekitar mu... cuba-cubalah biasa kan diri dengan membaca Basmallah .. untuk setiap perkerjaan yang akan kita lakukan.

nota: awas peribadimu perhatikanlah bebas tingkah lakumu jangan sampai tersalah pilihan hidupmu yeah...!!!!

Thursday, November 19, 2009

hidup aku berkubur di sini


orang kata ...
bila seseorang itu mati mesti lah ada kuburnya
ada batu nisannya

itu jikalau orang yang pergi ...
tapi kalu blog yang berkubur camner pulak ?!!!

andai itu terjadi ...
akulah manusia yang paling rugi ...
biarkan hidup aku berkubur di sini ...
bukankah Tuhan telah memberi sesuatu kepada kita ...
akan tentang kejadian yang kita tidak pernah tahu ...
akan tentang sesuatu yang aku bisa pelajarinya ...
dan tentang maksud kebersamaan bersama teman-teman
sekitar malaysia dan indonesia...

biarkan sahaja mereka dengan cara mereka ...
dan kita dengan cara kita ...
kerana ini adalah ketentuanNYA

terima kasih teman-teman setanahairku ...
terima kasih buat teman-teman dari site indonesian...
terima kasih segalanya ...

dan aku tak kan pernah biarkan hidup aku berkubur di sini ...
kerana aku masih ingin belajar ...
belajar berteman ..
belajar untuk bertatih sendiri ...
belajar erti sebuah kehidupan....

aku sayang kamu ...
aku cinta kamu ...
aku rindu kamu ...
kerana kamu adalah bagian daripada masa lalu aku ...

Wednesday, November 4, 2009

Cinta Seorang Pemuda

  • saya suka tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul...sungguh! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila...takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • saya suka sangat tengok body teman wanita saya ... solid betul. sungguh! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaaaauuuh lebih cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala...syoknya!
  • saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. saya pun macam itu juga. si dia tanya. 'apa ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam ; 'makan, minum, jaga diri pandu kereta elok-elok...nanti awak sakit saya juga yang susah hati...bla..bla .. bla ..bla..'. tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuhhhh...berdosanya saya!
  • saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta-secintanya. cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami...semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin...

Tuesday, October 20, 2009

Khabar Dari syuga

aku ...
ada apa dengan aku ?!!!
aku...
duduk di situ...
menunggu waktu berlalu...
sehingga hanyut di bawa arus ...
entah ke mana tuju...

mereka ...
bisa lagi tertawa...
bergurau senda...
tanpa mengira...
yang sedang terjadi
dan yang bakal terjadi...

ya...
benar ...
aku jugalah yang berada di kalangan mereka...

hingga satu detik itu ...
terasa semilir menghembus ke wajah ku ...
lalu membawa aku ke satu arah tuju...
entah di mana dan ke mana ketika itu...
yang pasti aku rasai hembusan lembut...
selembut sutera ...
mengharum tanpa adanya punca...
menenangkan jiwa...

aku terdengar bisikan lembut ...

"wahai anak ku ...
dengar lah ini khabaran dari syurga...
seluruh isinya menunggu hambaNYA..
yang benar-benar mengabdikan diri kepadaNYA...
bergantung harap kepadaNYA..."

"duhai anak ku...
apa engkau tidak tahu ?
ini adalah janji Tuhan mu...
yang mencipta diri mu...
yang memberi akal kepada mu...
yang memberi hati untuk mu..."

"anak ku...
curah kan seluruh tenaga mu ...
untuk segala yang di langit dan di bumi...
sehingga ke nafas yang terakhir..."

"anak ku ...
teruslah susuri lorong-lorong itu...
biar ia penuh onak dan duri...
biarpun ia bercerun-cerun ...
apalagi berjurang-jurang...
teruskan langkah kaki mu ...
meski pun tanah itu menjerit kepadamu ...

"hai ...anak adam ...
sungguh sombong engkau berjalan di atas aku...
suatu hari nanti ...
akan kau tahu bagaimana kesudahan penghidupan mu ...
apa engkau tidak malu ...
berjalan dengan berwajah riang?
apa engkau tidak sedar
di dalam perut inilah akan bersemadi jasadmu ?"

"hai anak adam...
sungguh sungguh engkau tertawa...
jika aku muntah kan segala isi perut ku ini...
nescaya gelak tawa mu akan mati...
mati berganti takbir Allah...
mati berganti tangis ...
mati berganti rintih ... "

"anak ku...
berjalanlah di atas muka bumi ini dengan tunduk ...
usah dengar segala rayuan...
usah dengar segala khabaran...
teguhkan hati mu ...
seteguh kasih suci Pencipta mu ..
yang selalu utuskan..
setiap khabaran dari syurga ...
di saat engkau hampir putus asa..."

"anak ku...
seluruh isi ini mulai rindu kepadamu ...
berusahalah sekuat hati mu ...
usah bimbang diri mu bukan seorang ...
Dia sentiasa selalu bersedia untuk mu ..
menjaga diri mu...
di kala engkau berada di puncak ...
seluruh alam akan tunduk kepada mu ...
kerana ketika itu baru lah mereka tahu ...
bahawa engkau adalah kekasih NYA ..."

sesiku berkata: hati tidak tenteram .. hati tidak senang .. hati selalu merintih ... namun, apa yang telah engkau hadiahkan kepada sekeping hati milik kamu itu ?!!!

Sunday, October 18, 2009

Ini Bukan Isu Politik

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan Ku. Bila orang ramai (rakyat) mentaati Ku. Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka.

Bila orang ramai (rakyat) mengingkari Ku. Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingati Ku dan merayu kepada Ku supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka."

sesiku berkata: teringat satu hadis yang pernah dibaca satu tika dulu dalam zaman neolitik ... di mana ... hadis itu mengingatkan .. hati kita hanya terletak di antara dua celah jari jemari Allah. jadi bila-bila masa Allah bisa mengubah atau membalikkan hati kita dari kebaikan ke arah keburukan, dari keburukan ke arah kebaikan ... lu pikirlah sendiri !!!