Friday, October 16, 2009

Kosong

kembali sepi
kembali kosong
seluruh dunia bagai merai
kekosongan bersinggah kembali

sang bunga menatap sinis
sang kumbang menari keriangan
langit cerah seolah-olah membiarkan pemandangan itu
rerama berterbangan keseronokan
burung-burung berkicau ibarat penyampai utusan
airmata mencurah curah tanpa sekatan
namun...masih juga tiada siapa yang peduli

sampai satu saat
hadir dua tangan mohon untuk disambut bagi mengizinkan Dia menemani saat-saat itu
ia hadir di dalam jiwa tanpa disedari sebelum ini
lantas menanyakan
"mengapa selama ini tangan-tangan Aku ini anda abaikan ?"
lalu dijawab olehnya
"kerana aku lupa kepada Mu?"
Dia bertanya kembali
mengapa baru sekarang kau ketuk pintu hati Ku ?
lalu dijawab ...
kerana aku baru sedar engkau sentiasa bersedia untuk aku


"Tahukah engkau bahawa Aku terlalu cinta pada mu ...
sehingga Aku selalu memperhatikanmu ?
Aku selalu melindungimu tanpa kau sedar ?
Aku ingin mendidik jiwamu untuk lebih kuat ?
dan tika jiwa mu sudah kuat
kau akan dapati alam ini akan tunduk kepadamu
kerana Engkau adalah pilihan Ku ... "

No comments: