Sunday, November 22, 2009

Al-Kisah Antara 2 **t*n

di suatu tempat atas kehendak Allah. terserempaklah dua jin ni ... (maaf nggak tau penjodoh bilangan untuk jin apa ya?!!! ) adeihhh .. tukar channel pulak dah hohohooo....

satu set** ni ...
dia kelihatan sungguh naif dan dhaif. mana tak nya ... kelihatan dirinya tidak terurus. semua dalam keadaan yang agak serabai. (hehee terkeluar pulak perkataan serabai ni .. entah apa aku nak habaq ni).
sau lagi set** kelihatan cantik manis. comel. berseri-seri. siap wangi lagi ..guna minyak wangi body shop lagi tu... (sambil imejin ni)...

si set** yang cantik a.k.a jay C ni pun menegurlah temannya itu ...
jay c: hi awak kenapa ni .. ada apa yang tak kene ke? kenapa hidup awak macam ni. kesian aku tengok.
jay ti c: saya macam ni? hidup saya susah sangat. saya ditugaskan untuk merosakkan kaum muslimin dan muslimah.. tapi kau tau ?...
jay c: tak tau .. ko tak cakap lagi macam mana aku nak tau.
jay ti c: bila aku nak ikut dia masuk rumah dia baca bismallah ... aku nak join makan sekali dia baca lagi basmallah, bila aku nak ikut pakai baju .. pun dia baca bismallah .. sampai na tengok cermin pun baca bismallah jugak. macam mana aku nak tu yang aku ni hensem ke tidak? pendek kata memang tak menyempat semuanya ...
jay c: kesian nasib engko ye . untunglah aku ni .. berdampingan dengan orang yang ta ingat atau tak percaya Allah. dapat pakai cantik-cantik. dapat tempat tinggal yang selesa dan makan minum yang sedap.
jay ti c: yelah tu .. kalau terus-terus macam ni ... tak adalah sapa-sapa yang nak kat aku .. uwarghhhhhh !!!!! ( dia menangis sambil golek-golek atas lantai)
jay c: lho... janganlah nangis ye... awak sabar je ye. lama-lama nanti dia pasti akanjadi kawan baik awak. janganlah putus asa untuk goda dia tu .... tak apa. masa masih panjang lagi ni ...
jay ti c: betul jugak apa awak cakap ek .. wokeyh ... thank you atas sokongan dan doringan mu kawan! cayalah bro !!!!

kehkehkehh ... memang sempoi giler dua set** nie .... macam tu le hidup kita ni . mereka ni umpama parasit yang hidup menumpang pada kita. Awas!!!! karang hancur hidup mu jika mereka² itu dibiarkan berleluasa di sekitar mu... cuba-cubalah biasa kan diri dengan membaca Basmallah .. untuk setiap perkerjaan yang akan kita lakukan.

nota: awas peribadimu perhatikanlah bebas tingkah lakumu jangan sampai tersalah pilihan hidupmu yeah...!!!!

Thursday, November 19, 2009

hidup aku berkubur di sini


orang kata ...
bila seseorang itu mati mesti lah ada kuburnya
ada batu nisannya

itu jikalau orang yang pergi ...
tapi kalu blog yang berkubur camner pulak ?!!!

andai itu terjadi ...
akulah manusia yang paling rugi ...
biarkan hidup aku berkubur di sini ...
bukankah Tuhan telah memberi sesuatu kepada kita ...
akan tentang kejadian yang kita tidak pernah tahu ...
akan tentang sesuatu yang aku bisa pelajarinya ...
dan tentang maksud kebersamaan bersama teman-teman
sekitar malaysia dan indonesia...

biarkan sahaja mereka dengan cara mereka ...
dan kita dengan cara kita ...
kerana ini adalah ketentuanNYA

terima kasih teman-teman setanahairku ...
terima kasih buat teman-teman dari site indonesian...
terima kasih segalanya ...

dan aku tak kan pernah biarkan hidup aku berkubur di sini ...
kerana aku masih ingin belajar ...
belajar berteman ..
belajar untuk bertatih sendiri ...
belajar erti sebuah kehidupan....

aku sayang kamu ...
aku cinta kamu ...
aku rindu kamu ...
kerana kamu adalah bagian daripada masa lalu aku ...

Wednesday, November 4, 2009

Cinta Seorang Pemuda

  • saya suka tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul...sungguh! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila...takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • saya suka sangat tengok body teman wanita saya ... solid betul. sungguh! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaaaauuuh lebih cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala...syoknya!
  • saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. saya pun macam itu juga. si dia tanya. 'apa ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam ; 'makan, minum, jaga diri pandu kereta elok-elok...nanti awak sakit saya juga yang susah hati...bla..bla .. bla ..bla..'. tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuhhhh...berdosanya saya!
  • saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta-secintanya. cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami...semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin...