Monday, May 17, 2010

Nasib Si Anak

Tanpa Bapa
Hukuman adalah hanya ke atas penzina, tidak pada anak-anak yang mereka lahirkan. Hukuman yang dikenakan ke atas anak-anak mereka berupa istilah, seperti anak luar nikah, atau anak haram, yang lazim digunakan. Sebaliknya pula, kata-kata ini tidak seharusnya menjadi sebutan orang-orang Islam, kerana ia tidak disebut, atau tidak diajar oleh Allah di dalam kitab-Nya, al-Qur'an. Justeru, anak-anak yang tidak berdosa itu sewajarnyalah tidak dizalimi dengan cercaan seperti ini. Kezaliman pada anak-anak ini ditambah lagi apabila wujud undang-undang yang menyuruh mengosongkan tempat bagi nama bapa-bapa mereka (dan butiran lain mengenainya) pada sijil pengakuan kelahiran mereka, atau surat beranak. Walhal, surat beranak adalah suatu dokumen yang merekodkan kelahiran bayi, dan mereka pula, seperti bayi-bayi lain, tidak seperti Nabi Isa yang dilahir tanpa bapa! Dengan tidak mencatat nama bapa, dan butiran lain mengenainya, pada surat beranak anaknya, kelihatan pula seperti dapat melepaskan kaum lelaki (yang sama-sama terlibat dalam kejahatan) daripada tanggungjawab mereka, dan selanjutnya memungkinkan mereka untuk berterusan dalam dosa zina dengan perempuan-perempuan lain.

Anak angkat
Bagi kanak-kanak, menurut al-Qur’an, seharusnya diketahui siapa bapa-bapa mereka, kerana sekiranya mereka dijadikan anak-anak angkat, maka mereka hendaklah dibinkan menurut nama bapa-bapa mereka yang sebenar. Firman-Nya, "Dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu ... Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka yang sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan" (33:4-5).

Hukum
Malang menimpa lagi pada kanak-kanak yang lahir daripada perzinaan, kerana wujud pula dalam ajaran "Islam" suatu hukum yang menetapkan mereka (yang perempuan) boleh membatalkan air sembahyang bapa-bapa mereka dengan hanya menyentuh kulit mereka. Kedudukan mereka sama dengan perempuan lain yang halal berkahwin dengan bapa mereka.

Hukuman Bagi si Penzina

Lelaki dan perempuan yang berzina, setelah sabit kesalahan, iaitu keterangan empat saksi, dihukum dengan seratus sebatan tiap-tiap seorang (24:2). Sekiranya bilangan seratus ini dikatakan hudud (had-had) Allah, maka pada hemat saya, bilangannya adalah had maksimum. Pelaksanaannya pula, menurut ayat itu lagi, hanya disaksikan oleh segolongan orang mukmin, bukan disaksikan oleh orang ramai seperti terdapat pada amalan sesetengah masyarakat Islam di dunia.

Penuduh ke atas perempuan yang berkahwin dan tidak mendatangkan empat saksi, dikenakan lapan puluh sebatan pula, dan kesaksiannya tidak lagi diterima selama-lamanya. Cakapnya tidak dipercayai lagi. (24:4)

Hukuman ke atas penzina adalah tidak seberat hukuman yang dikenakan ke atas pencuri. Pencuri lelaki dan pencuri perempuan dihukum dengan memotong tangan-tangan mereka (5:38). Itu pun juga, pada hemat saya, adalah had maksimumnya.

Zina & Segala-galanya Tentang Zina

Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada mendekatinya jua. Firman-Nya, "Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat" (17:32). Lupakanlah sahaja keinginan untuk melakukan zina!

Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam masyarakat. Pengamalannya yang meluas adalah sejak dari zaman dahulu lagi, seperti pada zaman Nabi Yahya dan Mariam (ibu Nabi Isa), iaitu kira-kira dua ribu tahun dahulu. Andaian dibuat setelah mendapati Allah menyebut dengan jelas kepada bapa Nabi Yahya (Zakaria) bahawa anaknya yang bakal dilahirkan adalah seorang yang suci daripada kejahatan nafsu berahi (3:39), sementara Mariam pula, disebut sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya (21:91 dan 66:12). Mereka berdua tentu telah menjadi contoh teladan yang terbaik pada zaman itu.

Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga kemaluan mereka. Firman-Nya, "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka" (24:30). Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak dijaga adalah punca berlakunya perzinaan.

Ciptaan, Pengasihan & Perkahwinan Bagi Seorang Wanita

Ciptaan

Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya. Firman-Nya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan" (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul "Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1).

Pengasihan

Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71). Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.

Perkahwinan

yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan" (4:25).

Wanita Dalam Islam Sebenar

Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an. Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.

Sunday, May 9, 2010

Aduhai Suamiku...

Al-kisah di dalam sebuah kampung yang terpecil tinggallah si Abu bukan nama sebenar bersama-sama dengan dua orang isterinya yang cun. isteri yang pertama bernama Hamidah manakala isteri yang kedua pula bernama Halimah. kedua-dua nama tersebut pun bukan nama yang sebenar.

kerukunan rumahtangga si Abu memang terserlah. setiap pekerjaan dilakukan dengan bersama-sama. si Abu juga sentiasa bersikap adil terhadap kedua-dua isterinya. ia dapat digambarkan melalui sikap dan layanan isteri-isterinya terhadap Abu. tidak sedikit pun kedua-duanya merungut.

si Abu juga merupakan seorang pemimpin yang sungguh bijak dan baik di dalam keluarganya. buktinya...sesibuk manapun si abu mecari rezeki solat berjemaah amat diutamakan di rumahnya ketika dia berada di rumah. ia bagaikan telah menjadi rutin harian mereka sekeluarga untuk solat berjemaah. begitulah si Abu. sesibuk manapun hidupnya...abu tetap menunaikan kewajipannya yang satu ini.

hendak dijadikan suatu cerita...
malam itu tiba giliran si Abu bermalam di bilik Halimah isterinya. Namun, si Abu merasa pelik apabila melihat Halimah seakan-akan dingin terhadap dirinya. berali-kali si abu memujuk si halimah namun sikap dingin halimah semakin menjadi-jadi...

akhirnya, si abu mengajak isterinya itu berbincang. si abu bertanya dalam nada lembut terhadap isterinya. begitulah sifat si Abu. sedikit pun dia tidak pernah melenting dengan karenah isteri-isterinya. dia bertanya...

Si abu: yang kenapa ni yang...abang ada buat salah ke selama ni. kalau sayang diam macam ni terus, macam mana abang nak tahu sama ada abang ni buat salah ke tak. ataupun bersikap adil ke tidak terhadap sayang. cuba sayang bagitau abang. mudah-mudahan abang bisa memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri abang.

si Halimah: bukan macam tu abang... sayang minta maaf.sayang sebenarnya kecik hati pada abang tentang satu perkara.

si abu: baiklah...cuba sayang ceerita kat abang apa yang buat sayang kecil hati.

si halimah: bang...

si abu: ye sayang....

si halimah: abang kene janji dulu...

si abu; janji apa sayang?

si halimah: abang kene janji kat sayang abang jangan marah dan akan lebih berlaku adil terhadap sayang selepas ni.

si abu : abang janji. tapi sayang ceritalah...

si halimah: selama lebih 10 tahun kita kahwin...sayang rasa abang tak adil pada sayang.

si abu: tak adil macam mana tu? dari segi apa?

si halimah: sayang tengok abang lebih-lebihkan kak hamidah. sayang tau kedudukan sayang sebagai seorang isteri kedua. dan sayang sedar hakikat tu. cuma kalau boleh masa solat tu...abang sebut jugak lah nama sayang selepas ruku'

si abu: oh... pasal itu... mudah saja... sayang jangan risau kay... jom...kita solat jemaah lagi.. kak hamidah dah tunggu kat luar tu....

si halimah tersenyum dengan penuh manis mendengar perjanjian suaminya yang tercinta.

ketika menunai solat bersama-sama...

Allahu akbar....isteri-isterinya pun ikut si abu membuat ruku' tapi tiba-tiba suasana bertukar menjadi pelik ketika iktidal iaitu perbuatan bangun daripada ruku' sambil mengangkat tangan si abu mengucapkan...

"sami Allahu liman halimah"

kwang3...

sesiku berkata: nauzubillahimindzalik....kesian si abu ni... moral value di sini sebelum nak kahwin tu banyak-banyaklah belajar agama sikit. mudah-mudahan dapat membantu diri anda. ilmu tu penting. terutama bab-bab solat ni. bila nak cari seorang isteri pun macam tu jugak. jangan pandang paras rupa dulu. cuba tengok sejauhmana pemahaman agamanya. cara hidup dia. ini bagi mngelak diri anda dari terjerumus ke jurang yang paling dalam dan berapi tanpa dapat diselamatkan. berpeganglah kata pada pepatah ini... tanpa seorang suami isteri tidak mungkin mencium syurga manakala tanpa seorang isteri hidup si suami akan terus berada di dalam ketidaktenteraman yang akhirnya menjerumuskan dirinya ke lembah maksiat.

Saturday, May 8, 2010

Satu Persoalan

suatu hari seorang gadis tertanya-tanya...

duhai hati apalah yang engkau cari?
tiba-tiba ada suatu suara menjawab...
aku mencari cinta yang hakiki...

gadis itu bertanya lagi...
apakah masih ada cinta yang sebgitu di hari ini?
dan suara itu menjawab...
hai manusia yang mudah lupa...
tanpa cinta NYA
engkau tidak mungkin akan hidup sehingga ke hari ini
gadis itu tersentap...
terus beristighfar...

sesiku berkata: setiap pertanyaan mesti ada jawapannya. peliharalah hatimu supaya ia mampu memimpin mu ke jalan yang benar. hanya hati yang suci dan bersih mampu menyelamatkan tuan punya badan...