Saturday, May 8, 2010

Satu Persoalan

suatu hari seorang gadis tertanya-tanya...

duhai hati apalah yang engkau cari?
tiba-tiba ada suatu suara menjawab...
aku mencari cinta yang hakiki...

gadis itu bertanya lagi...
apakah masih ada cinta yang sebgitu di hari ini?
dan suara itu menjawab...
hai manusia yang mudah lupa...
tanpa cinta NYA
engkau tidak mungkin akan hidup sehingga ke hari ini
gadis itu tersentap...
terus beristighfar...

sesiku berkata: setiap pertanyaan mesti ada jawapannya. peliharalah hatimu supaya ia mampu memimpin mu ke jalan yang benar. hanya hati yang suci dan bersih mampu menyelamatkan tuan punya badan...

Friday, March 12, 2010

Yang Ku Petik Kalam Dari Seorang Hamba Allah

keikhlasan?!!!
apalah yang engkau mengerti tentang makna keikhlasan yang sebenar
sedangkan pada hakikatnya
engkau sendiri belum tentu jauh lebih ikhlas dari aku
dalam menjadi seorang sahabat

jadilah seperti padi...
semakin berisi semakin menunduk...
sedangkan pada hakikat
semakin aku mengikut resmi si padi...
semakin aku ditentang.
semakin aku diinjak injak
semakin aku ibarat seorang pengemis
semakin aku dianggap lemah

apa aku masih perlu juga menghormati
sedangkan aku tidak dihormati
apa aku masih perlu menghargai
sedangkan diri aku tidak pernah dihargai
apa aku masih perlu bertolak ansur
sedangkan kata-kata aku dianggap sadis
apa aku masih perlu mengemis
sedangkan itu adalah hak aku sendiri

aku hipokrit...
aku jahat...
begitulah manusia ...
kalau bukan begitu ....
bukan manusia lah namanya.
aduhai sahabat....
aku cuma seorang manusia biasa...
tanpa adanya sesuatu yang istimewa.
andai benar aku hipokrit
jelaskan di mana hipokritnya
andai kata aku jahat
tunjukkan di mana jahatnya.
apa engkau rasa engkau sudah cukup mengenaliku
sehinggakan setegas itu anda label kan aku ?

kepercayaan?!!!
ah...sadis sungguh kenyataan itu.
apalah yang kau fahami tentang apa itu satu kepercayaan.
aku sedih ...
aku menangis...
kenapa mesti dirimu yang mengatakan sedemikian?
aku percaya engkau punya ilmu,
aku peraya engkau seorang yang lebih bijaksna berbanding aku
aku percaya engkau seorang yang jujur
tapi sayang ... aduhai sayang...
kenapa harus diperjudikan sebuah kejujuran
dengan kata-kata yang di atas?!!!

sekali lagi aku pertanyakan...
apa engkau benar-benar mengenaliku?!!!
tiada guna aku terasa...
tiada guna aku berasa gusar
tiada guna aku berdendam...

kerana aku percaya dalam persahabatan kita
kerana aku bersikap ikhlas dalam mengenalimu
kerana aku tidak pernah berkhianat terhadapmu
tapi.....
hati aku kini dirundung duka
duka yang tiada kesudahan
duka yang berpanjangan...

keikhlasan aku dipertikai
kepercayaan aku tidak pernah diambil kira
malahan aku pula yang menjadi tertuduh
sebagai seorang yang jahat...
hipokrit...
egois...

sekali lagi aku pertanyakan
apa benar engkau mengenali diri aku yang sebenar duhai sahabat?
apakah karna itu aku harus mengemis?
apakah karna itu aku harus memalukan diri ku sendiri?
apakah karna itu diri aku bagai diinjak-injak
apakah karna itu aku seharusnya tidak menuntut?
jadi...
katakan lah .. bicaralah ...
apa yang perlu aku lakukan untuk mu

cuba imbas kembali ...
kenapa dan mengapa ianya terjadi...
tanya hati kau...
apa maksud keihklasan sejati...
apa makna sebuah kepercayaan...
singkaplah erti disebalik hipokrit yang sebenar...

Ting Tong: muhasabah dirimu selalu nescaya kau akan dapati setiap yang berlaku adalah kerana kesilapan dirimu sendiri... anda ini hari terakhir aku untuk bernafas. aku sedia memaafkan mu tapi kembalikan lah sesegera mungkin sesuatu yang bukan "hak" kamu kerana kita masing-masing tidak punya jaminan ke atas nyawa kita!

Wednesday, January 13, 2010

Apa Ada Dengan Azam ?!!!!

khairul Azzam ke? hihiii itu azzam dalam novel ngan filem tu ...


azam tahun lepas pun tak lepas-lepas lagi ... tak kan lah nak tukar azam barukan?

apa-apa pun sebahagian daripada impian scha alhamdulillah .. telah pun kesampaian...

betul lah apa yang scha baca selama ini ... setiap ucapan itu satu doa....

jadi ucapkanlah perkara yang baik-baik sahaja. yang penting ... jangan pernah buruk sangka pada setiap perkara yang berlaku ke atas kita... percayalah ... Allah akan datang ke sisi anda untuk hiburkan anda dengan cara Allah itu sendiri.


itu cerita pasal azam ...

sekarang scha nak cerita pasal anna althofunnisa pulak ... betul ke ejaan nama dia tu .. hahhhaa....

tak adalah ... scha gurau ...

ops... sengaja!!!


malam ni scha nak sharing is caring ... ngan anda semua pasal satu kisah yang scha baca ni ...

kejap ye...korang bagi lah scha peluang nak baca balik .. 7 juta tahun je scha minta masa...


"jauh kata mereka, tak jauh, aku katakan,

ia bersamaku dalam waktu yang sama;

mentari yang menaungiku, juga menaunginya,

mala yang menyelimutiku, juga menyelimutinya;

aku dan dia terpisah jarak sehari perjalanan,

tak layak disebut saling berjauhan;

ilmu Allah satukan kami berdua,

jauh bagi mereka, bagiku dekat adanya."


nukilan: Ibnu Hazm El Andalusy


scha part-part bahasa sastera memang ada gurunya ... tapi untuk yang kali ini ... sekali baca scha bukan terus jatuh cinta je... tapi sekaligus kata novel ini memang best sebenarnya. maka .. benarlah apa yang tertera disebalik puisi di atas itu...


setiap yang berlaku selagi di alam kita ni.. itu semua adalah atas ilmu Allah yang Maha Luasnya. tak siapa-siapa pun yang boleh pertikaikan tentang kenyataan itu.


Nota: jadi bagi yang bercinta ... terutamanya yang ambil percintaan jarak jauh. cuba cari apa yang satukan anda dengan cinta anda !!! selamat bercinta !!!

Sunday, December 6, 2009

Bilakah Nyawa Akan Bercerai Dari Badan ?

Suatu hari, Owais al-Qarni diberitahu bahawa ada seorang darwis (fakir) yang memakai tudung sedang duduk di kubur sambil menangis sepanjang masa.


Owais menjawab : " katakan kepada darwis itu bahawa tudungnya menjadi dinding atau tabir di anta dia dengan Allah dan kubur itu. tudung itu juga menjadi penghalang dalam perjalanan kerohaniannya!"


apabila si darwis itu mendengar kata-kata Owais. dia terus bertafakur, menjerit lalu meninggal dunia.


pernah seorang lelaki telah memberi Owais al-Qarni beberapa keping dirham tetapi beliau enggan meneimanya. Owais bekata: "aku hanya ada dua dirham sahaja. itu pun sudah cukup!"

lelaki itu bertanya: "berapa lama wang sebanyak itu cukup?"

owais menjawab: "adakah engkau tahu, hidupku ini tidak tentu, bila nyawa bercerai dengan badan? perlukah aku menerima hadiahmu itu?"

orang itu pun terus terdiam.
seorang lelaki telah bertanya Owais al-Qarni: "siapa kamu?"
Owais menjawab: "apakah anggapan kamu jika seseorang yang tidak mahu ambil tahu, apakah ia akan hidup sehingga petang tatkala ia bangun tidur di pagi hari?"



Owais al-Qarni biasanya mengelakkan dirinya bertemu dengan manusia kerana sentiasa memandang hari kiamat itu sangat hampir. owais juga tidak sanggup membuang masa bergurau tetapi merasa lebih baik menghabiskan masa dengan bersolat.

Nota: pertama kali aku baca entri ni nampak macam ada kekurangannya... tapi bila aku hayati ayatnya satu persatu .. dan aku faham ... baru aku jatuh cinta ...

Sunday, November 22, 2009

Al-Kisah Antara 2 **t*n

di suatu tempat atas kehendak Allah. terserempaklah dua jin ni ... (maaf nggak tau penjodoh bilangan untuk jin apa ya?!!! ) adeihhh .. tukar channel pulak dah hohohooo....

satu set** ni ...
dia kelihatan sungguh naif dan dhaif. mana tak nya ... kelihatan dirinya tidak terurus. semua dalam keadaan yang agak serabai. (hehee terkeluar pulak perkataan serabai ni .. entah apa aku nak habaq ni).
sau lagi set** kelihatan cantik manis. comel. berseri-seri. siap wangi lagi ..guna minyak wangi body shop lagi tu... (sambil imejin ni)...

si set** yang cantik a.k.a jay C ni pun menegurlah temannya itu ...
jay c: hi awak kenapa ni .. ada apa yang tak kene ke? kenapa hidup awak macam ni. kesian aku tengok.
jay ti c: saya macam ni? hidup saya susah sangat. saya ditugaskan untuk merosakkan kaum muslimin dan muslimah.. tapi kau tau ?...
jay c: tak tau .. ko tak cakap lagi macam mana aku nak tau.
jay ti c: bila aku nak ikut dia masuk rumah dia baca bismallah ... aku nak join makan sekali dia baca lagi basmallah, bila aku nak ikut pakai baju .. pun dia baca bismallah .. sampai na tengok cermin pun baca bismallah jugak. macam mana aku nak tu yang aku ni hensem ke tidak? pendek kata memang tak menyempat semuanya ...
jay c: kesian nasib engko ye . untunglah aku ni .. berdampingan dengan orang yang ta ingat atau tak percaya Allah. dapat pakai cantik-cantik. dapat tempat tinggal yang selesa dan makan minum yang sedap.
jay ti c: yelah tu .. kalau terus-terus macam ni ... tak adalah sapa-sapa yang nak kat aku .. uwarghhhhhh !!!!! ( dia menangis sambil golek-golek atas lantai)
jay c: lho... janganlah nangis ye... awak sabar je ye. lama-lama nanti dia pasti akanjadi kawan baik awak. janganlah putus asa untuk goda dia tu .... tak apa. masa masih panjang lagi ni ...
jay ti c: betul jugak apa awak cakap ek .. wokeyh ... thank you atas sokongan dan doringan mu kawan! cayalah bro !!!!

kehkehkehh ... memang sempoi giler dua set** nie .... macam tu le hidup kita ni . mereka ni umpama parasit yang hidup menumpang pada kita. Awas!!!! karang hancur hidup mu jika mereka² itu dibiarkan berleluasa di sekitar mu... cuba-cubalah biasa kan diri dengan membaca Basmallah .. untuk setiap perkerjaan yang akan kita lakukan.

nota: awas peribadimu perhatikanlah bebas tingkah lakumu jangan sampai tersalah pilihan hidupmu yeah...!!!!

Thursday, November 19, 2009

hidup aku berkubur di sini


orang kata ...
bila seseorang itu mati mesti lah ada kuburnya
ada batu nisannya

itu jikalau orang yang pergi ...
tapi kalu blog yang berkubur camner pulak ?!!!

andai itu terjadi ...
akulah manusia yang paling rugi ...
biarkan hidup aku berkubur di sini ...
bukankah Tuhan telah memberi sesuatu kepada kita ...
akan tentang kejadian yang kita tidak pernah tahu ...
akan tentang sesuatu yang aku bisa pelajarinya ...
dan tentang maksud kebersamaan bersama teman-teman
sekitar malaysia dan indonesia...

biarkan sahaja mereka dengan cara mereka ...
dan kita dengan cara kita ...
kerana ini adalah ketentuanNYA

terima kasih teman-teman setanahairku ...
terima kasih buat teman-teman dari site indonesian...
terima kasih segalanya ...

dan aku tak kan pernah biarkan hidup aku berkubur di sini ...
kerana aku masih ingin belajar ...
belajar berteman ..
belajar untuk bertatih sendiri ...
belajar erti sebuah kehidupan....

aku sayang kamu ...
aku cinta kamu ...
aku rindu kamu ...
kerana kamu adalah bagian daripada masa lalu aku ...

Wednesday, November 4, 2009

Cinta Seorang Pemuda

  • saya suka tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul...sungguh! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila...takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • saya suka sangat tengok body teman wanita saya ... solid betul. sungguh! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaaaauuuh lebih cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala...syoknya!
  • saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. saya pun macam itu juga. si dia tanya. 'apa ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam ; 'makan, minum, jaga diri pandu kereta elok-elok...nanti awak sakit saya juga yang susah hati...bla..bla .. bla ..bla..'. tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuhhhh...berdosanya saya!
  • saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta-secintanya. cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami...semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin...